Friday 22 July 2011

Seksual!!!!!!!!


Capt bukanlah pakar sakit puan, tapi banyak membaca dari Medline Plus dan perbagai sumber. Sebagai masyarakat timur yang kaya dengan adab sopan tentunya persoalan seks sukar diungkap dan dibincang di khalayak ramai mahu pun dengan pasangan sendiri. 

Tapi menyembunyikan masalah seksual akan merugikan diri sendiri. Sekiranya kaum wanita ada masalah seksual lebih rela memendamkannya sehingga keadaan benar-benar serius barulah mencari bantuan atau pun mendapatkan rawatan.

Begitu juga dengan persoalan-persoalan seks yang menjadi kemusykilan. Ramai wanita menyimpannya sendiri daripada bertanya kepada mereka yang pakar atau berpengalaman walaupun hati sebenarnya meronta-ronta inginkan jawapannya. Sekiranya anda seorang wanita yang mempunyai masalah seksual. Lekas jumpa pakar untuk berubat sebelum terlambat.

Banyak rumahtangga yang dibina atas  dasar cinta, runtuh bagaikan bangunan kembar WTC 911 disebabkan masalah seks  terutama suami yang kuat seksnya. Jiwa suami akan terseksa sehingga mencari pasangan baru sekiranya selalu ajakannya ditolak. Jangan marah ya! Kata suami “air sudah naik kepala”. Fikiran boleh jadi pening bila tak dapat. Begitu juga yang berlaku kepada wanita bila tak dapat yang itu. Hehehe!

Hidup tanpa kenikmatan seks adalah sangat merugikan. Rumahtangga yang bahagia bukan hanya bergantung kepada banyaknya duit ringgit. Ada banyak masalah yang dapat menyebabkan seorang wanita dari menikmati seks. 

Masalah yang sering dihadapi wanita adalah:

1.Kurangnya keinginan seksual. Dingin terhadap pasangan. Kerap memberi pelbagai alasan bila diajak bersama. Contoh: Letih, sakit, masalah pejabat dll.  

2.Ketidakmampuan untuk menjadi terangsang iaitu tidak atau hilang rasa ghairah. Bila disentuh tidak bernafsu  macam batang pisang. Walaupun sudah dirangsang oleh suami namun masih belum berasa ghairah.

3.Kurangnya orgasme, atau seksual klimaks. Klimaks sangat penting dan adalah kemuncaknya. Jika tidak sampai kemuncak selalu membuat pasangan anda kesampaian dahulu. Seperti bahtera terdampar dipantai tanpa tiupan angin. Hanya suami anda sahaja yang sampai klimaks.

4.Kesakitan ketika melakukan hubungan seks.  Bagi wanita yang masuk di peringkat menopaus, ramai yang mengadu seks menjadi aktiviti yang menyakitkan. Ketiadaan pelincir akibat perubahan hormon adalah antara penyebabnya. Namun begitu, ada juga wanita yang masih muda mengalami keadaan yang sama.

Alat kelamin juga tidak basah sekali gus memberi kesakitan sewaktu bersama suami. Sesetengah wanita tidak mengeluarkan cecair walaupun sudah dirangsang oleh suami. Ia berkemungkinan kerana perubahan hormon yang berlaku di dalam tubuh. Ataupun anda sebenarnya mungkin tidak dirangsang secukupnya oleh suami anda. Untuk pengetahuan, wanita selalunya mengambil masa yang lebih lama untuk terangsang berbanding lelaki.

Masalah-masalah ini mungkin mempunyai penyebab fizikal atau psikologi. Penyebab fizikal boleh merangkumi keadaan seperti diabetes, penyakit jantung, gangguan saraf atau hormon masalah. Beberapa ubat juga boleh mempengaruhi hasrat dan fungsi.

Punca psikologi mungkin termasuk stres kerja yang berkaitan dan kecemasan. Mereka juga termasuk kemelesetan atau masalah tentang pernikahan atau hubungan masalah. Untuk beberapa perempuan, masalah hasil dari trauma seksual masa lalu.

Sesekali masalah dengan fungsi seksual berlangsung lebih dari beberapa bulan atau menyebabkan penderitaan bagi anda atau pasangan anda, sila berjumpa pakar sakit puan atau pakar kesihatan anda.

No comments:

Post a Comment