Saturday 23 July 2011

SIKAP ORG BERFIKIRAN POSITIF...

5 Sikap Orang Berfikiran Positif 

1. Optimis
Maksudnya yakin setiap apa yang diusahakan akan mendapat hasil seperti
yang dimahukan, tak kira cemana susahnya halangan yang ditempuh. Ini
juga termasuk tak mudah menyerah kalah tak kira berapa besar dugaan,
krisis dan masalah yang menimpa.

2. Semangat, Minat dan Keghairahan.
Ini termasuk passion dan minat yang amat tinggi pada sesuatu, tak kira
apa dia. Orang yang mempamerkan semangat, minat dan passion yang
tinggi ni mempunyai energi yang tinggi juga, bahkan mereka sanggup
melakukan apa yang mereka minat tu selama yang mungkin.

Mereka punya mempunyai motivasi dalaman, maksudnya mereka ni ada
pencetus motivasi sendiri tanpa perlu di paksa, di desak atau di suruh-
suruh untuk melakukan sesuatu, sebab apa yang mereka lakukan dah
menjadi minat mereka. Bila gagal, mereka bangun sendiri!

3. Kepercayaan (Belief)
Percaya diri sendiri dan pada Tuhan, Yang Maha Esa serta kuasa
spiritual, bahawa DIA sentiasa memberi petunjuk dan panduan. Orang-
orang yang berfikiran positif juga percaya pada kebolehan diri sendiri
dan kelebihan bakat yang dikurniakan Tuhan pada mereka.

Mereka kenal kekurangan dan kelebihan diri sendiri, lalu menggunakan
kelebihan bakat sebagai platform untuk mencipta kehebatan,
kecemerlangan dan kejayaan.

4. Integriti
Orang-orang yang berfikiran positif ni sentiasa jujur dan komited.
Mereka juga ada sikap keterbukan, iaitu menerima orang lain seadanya.
Mereka takkan mentertawakan kekurangan atau kecacatan orang lain. Ini
yang dimaksudkan dengan integriti.

5. Keberanian
Berani mengambil risiko, walaupun dalam keadaan yang tak pasti. Mereka
berani gagal dan sanggup berdepan dengan kegagalan, walaupun mereka
tahu mereka sedang berada di jalan yang tak pernah orang lain lalui
(unknown way) dan buat apa yang orang lain tak pernah buat. 

No comments:

Post a Comment